Monday, June 1, 2009

Bengkel Blog

Pada 1 hingga 4 Jun 2009, Jabatan Sains Komputer Kolej RISDA Melaka telah menganjurkan Bengkel Blog 2009. Bengkel selama 4 hari berturut-turut ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan golongan belia di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Tujuan utama bengkel ini diadakan ialah untuk melahirkan golongan belia yang celik IT di samping dapat menjadikan blog sebagai medan perkongsian maklumat yang berguna dalam menyampaikan sesuatu idea.